ENCIK LEE POH KWEE   

AHLI JAWATANKUASA MCA BAHAGIAN PASIR GUDANG

AHLI PERNIAGAAN



  • Pengguna mula bayar tol SDE JOHOR BAHRU 8 Okt. – Para pengguna Lebuhraya Senai Desaru (SDE) bagi laluan pakej 1 dan 2 yang dibuka kepada orang ramai mulai 10 September lalu akan dikenakan bayaran tol berkuat kuasa mulai tengah malam ini. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh berkata, bayaran berkenaan akan dikenakan mulai pukul 12.01 tengah malam menggunakan pelaksanaan kutipan secara sistem tol tertutup. ‘‘Kadar tol yang dikenakan adalah mengikut jarak perjalanan yang ditetapkan dan kelas kenderaan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, pakej 1 membabitkan laluan dari persimpangan MSSC hingga persimpangan Ulu Tiram manakala pakej 2 adalah laluan dari persimpangan Ulu Tiram ke persimpangan Cahaya Baru serta Jalan Sambungan Pasir Gudang. Ismail berkata, SDE mempunyai tiga plaza tol iaitu di Senai, Ulu Tiram dan Cahaya Baru yang membuat kutipan mengikut kelas 1 hingga 5. Katanya, pengguna Kel...
  • JOHOR BARU: The downtown area here may soon have its own "Cultural Street" and "Streets of Harmony". Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman has agreed to the proposal which was mooted by the Johor Baru Tiong Hua Federation. He said the idea encapsulated the 1Malaysia concept introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.The Cultural Street is Jalan Tan Hiok Nee, which was named after a prominent figure in the Chinese community here. Tan was the second leader of the Ngee Heng kongsi or company of Johor Baru, and was responsible for turning it into a bustling organisation of kapitans, kangchus and revenue farms.Ghani said the state government had agreed to transform the street, located barely a kilometre from the Causeway into a centre for culture and heritage. The proposal includes having a permanent stage in the street to hold multicultural shows."The state government fully accepts the proposal to turn Jalan Tan Hiok Nee into a cultural street," said Ghani during the launc...
  •   Sukarelawan pelajar IPTA, IPTS dan Puteri umno mengecat dan membaiki rumah penduduk kampung yang usang pada Program Cahaya Lebaran di Kampung Plentong Baru, Johor Bahru, baru-baru ini. - utusan / RAJA JAAFAR ALI   JOHOR BAHRU 1 Okt. - Program Cahaya Lebaran anjuran Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang nyata memberi impak berkesan bagi membantu golongan yang memerlukan khususnya untuk meraikan kehadiran 1 Syawal.   Justeru, program yang dirintis pada Ramadan lalu akan dijadikan acara tahunan pergerakan berkenaan.   Ketuanya, Raja Norasyikin Raja Ali berkata, aktiviti kemasyarakatan itu bertujuan membantu meringankan bebanan golongan miskin di samping bersama-sama menjalankan kerja-kerja mengecat, bergotong-royong membersih kawasan rumah, menghias rumah dan memasak bubur lambuk.   "Memandangkan ini program perintis, kami hanya mengenal pasti sebuah rumah saja di Kampung Plentong Baru. Bantuan diberi berdasarkan keperluan," ...
  • 'Jangan pasang angan-angan tinggi' JOHOR BAHRU - Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid tidak mahu mendabik dada meskipun skuad kendaliannya berpesta gol ketika melayan kunjungan UPB-MyTeam dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia 2009 di Stadium JCorp. Pasir Gudang kelmarin. Walaupun menang 4-1, namun Ramlan berpendapat masih terdapat beberapa kelemahan yang dipamerkan anak buahnya terutamanya apabila mereka gagal menguasai bahagian tengah pada separuh masa pertama perlawanan. Menurutnya, kawalan longgar yang terserlah itu hampir menjerat pasukan Lebah, namun kebangkitan aksi para pemainnya pada separuh masa kedua berjaya menyuntik tonik baru dalam corak permainan mereka sehingga mampu menjaringkan empat gol. "Saya menggunakan peluang pada masa rehat sebaik mungkin dengan memotivasikan pemain supaya meningkatkan keyakinan mereka untuk kembali menyusun permainan pada tahap sebenar. "Ternyata gol kedua berjaya mengubah corak permainan kami untuk kembali bangkit menguasai perlawanan terut...
  • Gegaran gempa bumi Sumatera turut dirasai Johor BahruJOHOR BAHRU 30 Sept. – Gegaran yang diakibatkan oleh gempa kuat berukuran 7.9 pada skala Richter di pulau Sumatera hari ini turut dirasai oleh penduduk bandar raya ini. Gegaran itu menyebabkan orang ramai mengosongkan pejabat dan kediaman masing-masing kerana bimbangkan keselamatan mereka. Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa lokasi bangunan tinggi mendapati orang ramai berkumpul sambil menunggu pengesahan daripada pihak bomba tentang status keselamatan bangunan yang mereka duduki. Biarpun keadaan terkawal rata-rata mereka pada mulanya berasa takut dan cemas ekoran gegaran tersebut. Seorang pekerja Hotel Selesa, Noraini Juki, 52, berkata, ketika kejadian dia sedang solat asar di tingkat lapan. Menurutnya, dia hanya merasai gegaran tersebut ketika rakaat terakhir ketika sujud dan menyifatkan ia adalah yang paling kuat sejak 15 tahun bekerja di hotel berkenaan. “Saya pernah mengalami tiga gegaran dan kali ini adalah ...








 


You Are Visitor No.22,473 To Visit This Website